Yayasan Tengku Abdullah (YTA) telah ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai cabang kebajikan FOMEMA Sdn. Bhd., berlandaskan kepercayaan bahawa setiap insan, tanpa mengira latar belakang, berhak mendapat peluang untuk bangkit dan mengatasi cabaran hidup.
Misi kami bukan sekadar menyalurkan bantuan, tetapi memberi harapan dan memperkasakan golongan dari Malaysia yang paling memerlukan - termasuk asnaf, ibu tunggal, anak yatim serta komuniti terpinggir yang lain. Dengan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan B40, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi merapatkan jurang sosioekonomi, serta menawarkan penyelesaian holistik dan berpanjangan yang mampu mengubah kehidupan sehingga ke generasi akan datang.
Kami percaya kepada kekuatan komuniti sebagai pemangkin perubahan. Melalui usaha yang berterusan, kami berhasrat untuk melakukan perubahan berkekalan yang membawa maruah, kemajuan dan peluang ke setiap lapisan masyarakat, sambil menggalakkan penyertaan dari lebih ramai pihak untuk turut berbuat kebaikan.


