Siapa Kami

Mencipta impak jangka panjang yang mampan dalam komuniti di seluruh Malaysia.

Yayasan Tengku Abdullah (YTA) telah ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai cabang kebajikan FOMEMA Sdn. Bhd., berlandaskan kepercayaan bahawa setiap insan, tanpa mengira latar belakang, berhak mendapat peluang untuk bangkit dan mengatasi cabaran hidup.

Misi kami bukan sekadar menyalurkan bantuan, tetapi memberi harapan dan memperkasakan golongan dari Malaysia yang paling memerlukan - termasuk asnaf, ibu tunggal, anak yatim serta komuniti terpinggir yang lain. Dengan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan B40, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi merapatkan jurang sosioekonomi, serta menawarkan penyelesaian holistik dan berpanjangan yang mampu mengubah kehidupan sehingga ke generasi akan datang.

Kami percaya kepada kekuatan komuniti sebagai pemangkin perubahan. Melalui usaha yang berterusan, kami berhasrat untuk melakukan perubahan berkekalan yang membawa maruah, kemajuan dan peluang ke setiap lapisan masyarakat, sambil menggalakkan penyertaan dari lebih ramai pihak untuk turut berbuat kebaikan.

Misi Kita, Bersama

Kami komited untuk memupuk perubahan yang bermakna dengan penuh belas kasihan, berintegriti serta menghormati komuniti yang kami berkhidmat. Usaha ini dilaksanakan melalui inisiatif yang memberi kesan berkekalan, berpandukan tiga teras utama kami.

Memperkasa Komuniti

Mengangkat martabat kehidupan individu dan keluarga rentan melalui sokongan kewangan dan bantuan barangan, bagi memastikan setiap orang mempunyai akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan serta sumber keperluan asas.

Nurturing Wellness

Memelihara Kesihatan

Menangani keperluan kesihatan yang kritikal dengan memperjuangkan kesihatan awam melalui pencegahan penyakit, pemupukan gaya hidup sihat dan akses rawatan kesihatan yang saksama, khususnya bagi wanita muda, ibu tunggal serta kumpulan terpinggir.

Menyemai Warisan

Memelihara khazanah budaya negara melalui program pendidikan dan inisiatif yang memupuk kreativiti serta perpaduan dalam kalangan belia, bagi memastikan warisan budaya Malaysia yang kaya terus diraikan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Barisan Kepimpinan YTA

YM Tengku Shaheera

Pengerusi dan Pengasas

"Sejak kecil, saya sering menemani arwah ayah menyantuni masyarakat. Melalui pengalaman itu, saya belajar bahawa tindakan kecil yang penuh prihatin mampu membawa perubahan yang besar. Nilai inilah yang membentuk cara saya melihat misi di YTA, iaitu memperkasa dan mengangkat martabat mereka yang paling memerlukan."

YM Tengku Dato' Seri Abu Bakar Ahmad

Pengasas Bersama dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah

"YTA memberi kami peluang untuk melangkaui tugasan harian di FOMEMA dan benar-benar menyumbang kembali kepada masyarakat. Melalui inisiatif yang dijalankan, kami dapat menyokong pendidikan, menyediakan penjagaan, serta membantu mereka yang benar-benar memerlukan, khususnya komuniti kurang bernasib baik dan kurang mendapat perhatian."

Fawzul Yusoff

Pengarah Eksekutif

"Usaha kami melangkaui sekadar bantuan kewangan. Di YTA, kami yakin bahawa akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan berkualiti adalah kunci kepada kehidupan yang baik dan masa depan yang lebih cerah."

Dr. Mohd Afiq Farhan

Strategic Advisor

"Inisiatif di bawah YTA mencerminkan komitmen berterusan kami untuk meringankan beban komuniti rentan. Usaha ini selaras dengan tumpuan Tanggungjawab Sosial Korporat FOMEMA yang mengutamakan memberi kembali kepada masyarakat, memelihara kesejahteraan awam dan membina hubungan yang bermakna."

Memperkasa Komuniti

We believe in creating meaningful change by empowering individuals, families and institutions in need, particularly those from the B40 group, Asnafs, single mothers and orphans. Through financial aid, in-kind support and educational opportunities, we help bridge gaps in basic necessities, education and technology. 

Our commitment to fostering inclusivity ensures that everyone has access to the tools they need to thrive, contributing to a society where every person can rise above challenges for a brighter future.

Memelihara Kesihatan

Our focus is always rooted in the belief that everyone deserves the chance to live a healthy life. By advocating for wellness and preventing the spread of both communicable and non communicable diseases, we aim to protect the well-being of vulnerable and underserved communities. Through health awareness, disease prevention and equitable access to healthcare, we lay the groundwork for a healthier Malaysia.

Our initiatives, especially for young women, single mothers and marginalised groups, seek to address critical health needs.

Menyemai Warisan

We are committed to preserving cultural heritage and enriching knowledge among vulnerable and underserved segments of the community. Through educational initiatives and cultural preservation efforts, we inspire learning, creativity and a deeper appreciation for our shared heritage.

Our work aims to promote social cohesion and sustainable development, particularly among the youth, ensuring that Malaysia’s rich cultural heritage is celebrated and passed onto future generations.

Malay